Tuesday 6 December 2016

Resepi simple : Ayam Sambal My Style....

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share resepi Ayam Sambal yang saya masak bila tiba waktu MALAS.. 
( tapi hari-hari pun malas jugak...hehehe)





Tolong lah fokus pada Ayam Sambal tu je. Jangan tengok yang lain okay. Kuali tu dari turun temurun sebab tu la hitam sikit. Lepastu masak dekat kuali kecik makanya adalah percikan-percikan sambal di dinding... hehehehe


Okay, back to the topic...

#resepiayamsambalsimple gittewww...


Bahan-bahan :

  • Ayam (ikutlah banyak mana nak makan)
  • Cili Kering (saya ambik segenggam je utk sekali masak)
  • 2 biji bawang merah 
  • 4 biji bawah putih
  • Halia 1 inch 
  • Sos Tiram
  • Sos Tomato
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Sedikt minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Cara Membuat :
  • Ayam + serbuk kunyit + garam = digoreng dahulu separuh masak
  • Cili kering direbus
  • Cili kering yang direbus tadi dikisar + bawang merah + bawang putih + halia
  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bahan-bahan kisaran tadi
  • Masukkan sos tiram (1 sudu) + sos tomato (ikut suka, kalau suka masam lebih boleh letak lebih)
  • Agak-agak dah pecah minyak masukkan gula secukup rasa + garam secukup rasa ( jangan letak garam banyak sangat, ingat! kita dah lumur ayam dengan garam tadi untuk menggoreng.. terlajak masin pulak nanti 😊)
  • Masukkan sedikit air kalau suka berkuah sikit.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Kacau sikit-sikit bagi sebati dan meresap sambal tadi kat ayam
  • Masukkan hirisan-hirisan bawang (kalau suka)
  • Dalam 10 minit gitteww dah masak la..............

Inilah resepi Ayam Sambal My Style..kenapa my style? sebab saya yang masak kalau korang yang masak jadilah korang punya style..ye idok?? πŸ˜‹πŸ˜‹


Bila korang rasa nak makan Ayam Sambal tapi malas giler..Cubalah! simple kan.. Rasa pun boleh tahan.. 😁😁

Tips:
Kalau nak rasa sedap sambal tu gunalah cili kering yang kita rebus kemudian kisar sendiri. Rasanya lain dan lebih sedap berbanding cili kisar instant yang kita beli. Mungkin sebab effort kita sendiri kisar cili tu..hehehe. Kisar banyak sikit untuk seminggu nak masak lepastu simpan dalam fridge. Okay!


Selamat mencuba!


With πŸ’—,
Dolphin Comel

Wednesday 30 November 2016

Jodoh Pertemuan....

Assalamualaikum..


Terasa gatal kepala dan jari ni nak menulis tentang JODOH PERTEMUAN. Memandangkan usia aku hampir beberapa tahun lagi akan melangkah ke 3 series dan ditambah lagi tak ada langsung batang hidung apatah lagi bayang-bayang si pencuri hati mahupun si permaisura hati ni jadi tak salah rasanya untuk aku mengulas tentang jodoh ni (ceewaah!! kemain eh) 


Tak dinafikan ada juga yang tanya soalan-soalan cepumas ni..
  • Bila nak kawen ni?
  • Bila lagi?
  • Bila nak rasa nasi minyak kau ni?

Macam-macam jenis bentuk soalan tapi dalam skema jawapan yang sama. Nampak taaaaakkk??? Tapi biasalah bila ada orang tanya kita cuma tersengih-sengih sambil menjawab belum ada jodoh lagi. Jawapan paling simple dan selamat untuk tak mengguris hati si penanya tu.


Tak adalah stress  sangat bila ada orang tanya, tapiiiiiiii........Nampak?? hehehe. Elok-elok kita tak fikir pasal hal tu tetiba jadi terfikir pulak. Sudah...kita pulak tanya diri sendiri soalan-soalan cepumas tu.

  • Aku ni tak nak kawen ke?
  • Kenapa selamba sangat aku ni?
  • Tak ada langsung ke orang nak aku?

Sebagai muslim, kita percaya yang jodoh itu milik ALLAH. Bila sampai masanya pasti ALLAH akan pertemukan dengan siapa jodoh kita. Sama ada kat dunia ataupun kat akhirat nanti. Siapa kita untuk mempersoalkan bila? dengan siapa?. Apa yang kita boleh buat cuma berdoa supaya diberi kekuatan, kesabaran, perubahan diri yang lebih baik dan sebagainya.


πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Kata-kata dari UAI, aku pernah dengar jugak sebelum ni. Dari situ aku percaya yang kita kena yakin dengan setiap aturan ALLAH. Semua dah ditentukan dan semua tu ada dalam perjanjian kita dengan ALLAH. Cuma kita tak tahu je, sebab kalau kita tahu dari awal kita tak kan meminta-minta dengan ALLAH.

Ehsan photo: Abe google 😁


Pengalaman diri sendiri, kawan aku ada nasihat aku pergi berubat kat Darul Syifa'. Takut kalau ada Jin yang berkenan kat aku. Hmmm..seram bukan?? huhuhu.. Aku percaya Jin tu memang wujud dan tak mustahil benda tu memang ada berlaku dikalangan kita. Bagi dia tu salah satu sebab kenapa aku belum kawen lagi. Tapi aku masih berpegang pada perjanjian aku dan rezeki dari ALLAH. Belum tiba masanya lagi ALLAH nak bagi. Jadi aku masih bersabar.


Tapi sebenarnya JODOH PERTEMUAN ni bukanlah hanya untuk pasangan lelaki dan perempuan lepas tu berkahwin. Skopnya sangat luas, kadangkala kita dipertemukan dalam persahabatan jugak. Masa kita belajar, bekerja dan bila-bila masa sahaja asalkan orang yang kita jumpa dan berkenal tu manusia..hehehe..Kadangkala ALLAH pertemukan kita dengan seseorang untuk kita belajar sesuatu dengan pertemuan dan perkenalan tu.


Apa yang penting...
  1. Sentiasalah positif dalam kehidupan kita supaya kita lebih tenang.
  2. Memang akan ada yang sentiasa tanya tapi kita wat lek je hokaayy!! sambil tersenyum manis dibibir seperti senyumanku.. (ceeewaah!!)
  3. Abaikan je orang yang suka sangat nak tanya-tanya ni, kalau boleh elak kita elak. Kalau dah nampak dari jauh Mak Cik yang suka tanya-tanya ni terus kita blah cecepat hokaayy!!. Sebab nak mengelak katanya kan.. hehehe
  4. Jangan sesekali biadap dan kurang ajar dengan diorang yang kaki kepoci ni. Kadang diorang ni nak berbahasa je dengan kita untuk "start conversation" kononnya. tapi tak ada soalan lain ke??? πŸ˜”


Ehsan photo: Abe google 😁

πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†
Ni dah bagi doa pendekat jodoh ni sama-samalah kita doa mendoakan ye..

Okay! akhir kata......

WassalamπŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹



with πŸ’—,

Dolphin Comel

Tuesday 29 November 2016

Paku Dulang Paku Serpih....

Assalamualaikum..

My first post ever..hehehe
Sebenarnya aku pernah ada blog sebelum ni tapi dah tak boleh nak access. So, aku create blog baru. Agak lama juga tak menulis no I mean menaip ni.. Banyak benda yang ada dalam kepala jadi aku salurkan pada penaipan ini.. (eh ade ke perkataan penaipan tu??) πŸ˜‚

Okay..berbalik pada tajuk utama, aku pasti ramai pernah dengar keratan pantun ni kan..

Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih

Dalam pada tak sedar, kadang kita bercakap hal keburukan orang tapi hakikatnya kita pun sama perangai macam tu juga. Tapi kita tak sedar hal tu. Beria-ia kita bercakap aku tak suka macam tu dan aku tak suka macam ni pasal orang tu tapi sebenarnya kita pun macam tu juga.

Well, dalam kehidupan kita ni..
  1. kita tak boleh la nak fikir diri kita ni sentiasa betul je.
  2. Kadang-kadang kita kena biarkan hati kita yang sakit dari kita menyakitkan hati orang lain.
  3. Berdiam itu lebih baik dari kita mencanang keburukan dan perangai buruk orang lain.
  4. Selalulah bertolak ansur untuk kesejahteraan bersama.
  5. Jangan terlampau sibuk kita menghukum orang lain sedangkan kita tak tahu apa yang dia lalui.
  6. Sentiasa berfikiran positif.
  7. Jangan pentingkan diri sendiri.
  8. Lihat diri sendiri sebelum kita memberi nasihat-nasihat yang tak berasas (dalam erti kata lain cermin lah diri tu dulu ye..kikikiki)

Okaylah, setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan. Yang paling penting janganlah kita paku dulang paku serpih hokayy!! Semoga bertemu di post yang seterusnya.. 

WassalamπŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹




with πŸ’—,
Dolphin Comel