My first post ever..hehehe
Sebenarnya aku pernah ada blog sebelum ni tapi dah tak boleh nak access. So, aku create blog baru. Agak lama juga tak menulis no I mean menaip ni.. Banyak benda yang ada dalam kepala jadi aku salurkan pada penaipan ini.. (eh ade ke perkataan penaipan tu??) π
Okay..berbalik pada tajuk utama, aku pasti ramai pernah dengar keratan pantun ni kan..
Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih
Dalam pada tak sedar, kadang kita bercakap hal keburukan orang tapi hakikatnya kita pun sama perangai macam tu juga. Tapi kita tak sedar hal tu. Beria-ia kita bercakap aku tak suka macam tu dan aku tak suka macam ni pasal orang tu tapi sebenarnya kita pun macam tu juga.
Well, dalam kehidupan kita ni..
- kita tak boleh la nak fikir diri kita ni sentiasa betul je.
- Kadang-kadang kita kena biarkan hati kita yang sakit dari kita menyakitkan hati orang lain.
- Berdiam itu lebih baik dari kita mencanang keburukan dan perangai buruk orang lain.
- Selalulah bertolak ansur untuk kesejahteraan bersama.
- Jangan terlampau sibuk kita menghukum orang lain sedangkan kita tak tahu apa yang dia lalui.
- Sentiasa berfikiran positif.
- Jangan pentingkan diri sendiri.
- Lihat diri sendiri sebelum kita memberi nasihat-nasihat yang tak berasas (dalam erti kata lain cermin lah diri tu dulu ye..kikikiki)
Okaylah, setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan. Yang paling penting janganlah kita paku dulang paku serpih hokayy!! Semoga bertemu di post yang seterusnya..
Wassalamπππ
Wassalamπππ
with π,
No comments:
Post a Comment