Terasa gatal kepala dan jari ni nak menulis tentang
Tak dinafikan ada juga yang tanya soalan-soalan cepumas ni..
- Bila nak kawen ni?
- Bila lagi?
- Bila nak rasa nasi minyak kau ni?
Macam-macam jenis bentuk soalan tapi dalam skema jawapan yang sama. Nampak taaaaakkk??? Tapi biasalah bila ada orang tanya kita cuma tersengih-sengih sambil menjawab belum ada jodoh lagi. Jawapan paling simple dan selamat untuk tak mengguris hati si penanya tu.
Tak adalah stress sangat bila ada orang tanya, tapiiiiiiii........Nampak?? hehehe. Elok-elok kita tak fikir pasal hal tu tetiba jadi terfikir pulak. Sudah...kita pulak tanya diri sendiri soalan-soalan cepumas tu.
- Aku ni tak nak kawen ke?
- Kenapa selamba sangat aku ni?
- Tak ada langsung ke orang nak aku?
Sebagai muslim, kita percaya yang jodoh itu milik ALLAH. Bila sampai masanya pasti ALLAH akan pertemukan dengan siapa jodoh kita. Sama ada kat dunia ataupun kat akhirat nanti. Siapa kita untuk mempersoalkan bila? dengan siapa?. Apa yang kita boleh buat cuma berdoa supaya diberi kekuatan, kesabaran, perubahan diri yang lebih baik dan sebagainya.
ππππππππππππππππππππππππππππππππ
Kata-kata dari UAI, aku pernah dengar jugak sebelum ni. Dari situ aku percaya yang kita kena yakin dengan setiap aturan ALLAH. Semua dah ditentukan dan semua tu ada dalam perjanjian kita dengan ALLAH. Cuma kita tak tahu je, sebab kalau kita tahu dari awal kita tak kan meminta-minta dengan ALLAH.
![]() |
Ehsan photo: Abe google π |
Pengalaman diri sendiri, kawan aku ada nasihat aku pergi berubat kat Darul Syifa'. Takut kalau ada Jin yang berkenan kat aku. Hmmm..seram bukan?? huhuhu.. Aku percaya Jin tu memang wujud dan tak mustahil benda tu memang ada berlaku dikalangan kita. Bagi dia tu salah satu sebab kenapa aku belum kawen lagi. Tapi aku masih berpegang pada perjanjian aku dan rezeki dari ALLAH. Belum tiba masanya lagi ALLAH nak bagi. Jadi aku masih bersabar.
Tapi sebenarnya JODOH PERTEMUAN ni bukanlah hanya untuk pasangan lelaki dan perempuan lepas tu berkahwin. Skopnya sangat luas, kadangkala kita dipertemukan dalam persahabatan jugak. Masa kita belajar, bekerja dan bila-bila masa sahaja asalkan orang yang kita jumpa dan berkenal tu manusia..hehehe..Kadangkala ALLAH pertemukan kita dengan seseorang untuk kita belajar sesuatu dengan pertemuan dan perkenalan tu.
Apa yang penting...
- Sentiasalah positif dalam kehidupan kita supaya kita lebih tenang.
- Memang akan ada yang sentiasa tanya tapi kita wat lek je hokaayy!! sambil tersenyum manis dibibir seperti senyumanku.. (ceeewaah!!)
- Abaikan je orang yang suka sangat nak tanya-tanya ni, kalau boleh elak kita elak. Kalau dah nampak dari jauh Mak Cik yang suka tanya-tanya ni terus kita blah cecepat hokaayy!!. Sebab nak mengelak katanya kan.. hehehe
- Jangan sesekali biadap dan kurang ajar dengan diorang yang kaki kepoci ni. Kadang diorang ni nak berbahasa je dengan kita untuk "start conversation" kononnya. tapi tak ada soalan lain ke??? π
![]() |
Ehsan photo: Abe google π |
ππππππππππππππππππππππππππππππππ
Ni dah bagi doa pendekat jodoh ni sama-samalah kita doa mendoakan ye..
Okay! akhir kata......
Wassalamπππ
with π,
Dolphin Comel
No comments:
Post a Comment